Saturday 15 September 2012

Remaja bermasalah....angkara IBUBAPA ??

Assalaamualaikum w.b.t. dan hi semua....

     Hari ini aneem nak kongsikan sedikit dengan korang berkenaan remaja bermasalah yang semakin menjadi-jadi diluar sana. Korang pasti tahu bukan..apa yang sudah terjadi pada remaja pada zaman ini. Tidak payah kita mencari berita tentang budak remaja sekarang ini. Cukup hanya sekadar membelek surat khabar tiap-tiap hari, pasti korang terjumpa berita yang tergempar yang berkaitan dengan budak remaja sekarang. Contohnya, baru-baru ini terdengar satu khabar berita seorang remaja pelajar universiti membuat hal kononnya menayangkan buntutnya pada kerajaan. Pelajar universiti tuhh !! memang gerekk seyhh!!

     Jadi?? apa tanggapan korang? siapa yang patut disalahkan? Dimana akhlak remaja pada zaman kini?  hmm....banyak sebab2 yang boleh kita simpulkan dalam hal ini.. banyak yang beranggapan masalah keruntuhan akhlak ini disebabkan individu , rakan sebaya, persekitaran, dan ibubapa... ha! aneem nak tekankan disebabkan oleh ibubapa..... kerana ianya amat penting.. kerana ibubapa adalah ikon pertama yang dikenali oleh para remaja semasa mereka mengenali dunia. Setiap makhluk yang digelar 'anak' di muka bumi ini pasti mempunyai ibubapa....

    Banyak orang menyatakan bahawa ibubapa adalah pendorong, penyokong, pengajar, dan pe...pe... semua lah...betul tak? dan manusia ini ada 5 jenis... iaitu baik-baik , baik, baik-jahat, jahat, jahat-jahat.. ibubapa pun ada banyak jenisnya... aneem beri satu senario pada korang...

Senario 1:

   pukul10 malam , di rumah....
         anak : mak !
         mak : Apa nak?
         anak : Man nak keluar kejap.
         mak : ye lah man.
   pukul3 pagi.....
         mak : baru balik ker Man?
         anak : Ye mak...mak, Man lapar..
         mak : tengok kat dapur tu..ada makanan lebih dekat atas meja..

Senario 2:
 
         bapa : Siti nak pergi mana tu? baru je berapa minit balik dari sekolah..
         anak : Siti nak pergi rumah kawan...kejap je..
         bapa : OK....

   ha....apa tanggapan korang dengan dialog2 yang aneem nak sampaikan dekat korang.... hmm...itu lah berlaku pada remaja sekarang ini... keadaan sebegitu selalunya sudah berlaku sejak mereka kecil lagi...sampai lah meningkat dewasa... kita tahu remaja ini tak boleh dikongkong sangat... nanti lain pulak jadinya bukan? salah sama sekali jika kita beranggapan sedemikian...ibubapa tidak seharusnya memberi kebebasan yang sangat meluas kepada anak-anak mereka... memberi kebebasan kepada anak-anak boleh diibaratkan mencurah racun kepada anak-anak mereka... remaja ini sikap ingin mencuba amat tinggi oleh yang demikian apabila mereka diberi kebebasan, jadi mereka bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan oleh remaja...
 
   aneem sangat kecewa dengan sebilangan ibubapa yang tidak mementingkan kebebasan anak-anak mereka...aneem tahu, ibubapa melakukan sedemikian kerana menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka kerana tidak mahu anak-anak mereka merasakan terlalu dikongkong oleh mereka... tapi, biarlah berpada-pada...bak kata pepatah...buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sesekali...

jangan lah kerana terlalu menyayangi dan terus memberi kebebasan kepada anak-anak...dan akhirnya...anak pulang membawa seribu masalah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...