Sunday 9 September 2012

MASALAH !!! LARI!!...........

Assalammualaikum w.b.t.....Hye sume.... :)
          
       Hari ini aneem nk kongsi sedikit tentang 'MASALAH' ........hurmmm...... dengar saja 'MASALAH' pasti korang aplikasikan masalah itu adalah sesuatu yang tidak elok...membebankan...betulkan??? Banyak orang yang takutkan masalah...kenapa???? dan ada juga yang tidak ambil kisah tentang masalah....kenapa pulak???

     Mari! aneem kongsikan korang tentang 'MASALAH' dalam pandangan manusia zaman sekarang... 'MASALAH' adalah sesuatu perkara yang berlaku(peristiwa) yang mengganggu emosi kita dan menyebabkan timbulnya perasaan resah, takut, tertekan, terancam dan sebagainya.

     Apa yang terlintas dalam pemikiran kita apabila kita dilanda masalah? ingin mengelak, melepaskan tanggungjawab, merungut, menyalahkan orang lain, panik atau tertekan? saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan seperti masalah-masalah sosial, kes-kes orang menjadi gila, kes kemurungan, kes penagihan dadah, kes lari rumah, kes seksual songsang, kes-kes jenayah, kes cerai-berai, kes zina dan kes-kes pembuangan bayi di kalangan belia yang semakin meningkat secara mendadak dan berada dalam keadaan kritikal. Semua kes-kes ini setelah dikaji dan didapati hampir 95% daripadanya berpunca daripada tekanan hidup. Sekiranya perkara dibiarkan begitu sahaja, ia akan bertambah besar dan akhirnya memakan diri tuan punya badan.


       Setiap masalah akan memberi impak sama ada kesan negatif ataupun positif. Bagi mereka yang bertindak balas secara positif akan berjaya mengatasi masalah tersebut malah mampu menonjolkan diri dengan lebih mengenali potensi diri. Sebaliknya, pihak yang bertindak balas secara negatif kebanyakannya akan gagal melihat peluang yang telah tercipta daripada masalah dan akhirnya kecundang dalam kehidupan mereka. Secara ringkasnya, sesuatu peristiwa yang berlaku akan menjadi beban sekiranya tafsiran minda kita adalah negatif.
Bagi yang muslim..amalkan doa ini apabila mendapat masalah...InshaALLAH.. dengan izin-NYA segala kesulitan akan selesai..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...