Monday 17 October 2011

jom! kita kaji tip2 utk belajar saat2 akhir utk hadapi ujian yg dah nk dekat!!

hye sumee..... lma aneem x shre2 ceta kt korang ea...huhuhu... aneem skung dh buzy cngt2 tw....mklum lh..taun ni taun trpenting bagi hdup aneem....aneem taun ni hadapi SPM!!!!...huwaaaa,,,,
       yg buat aneem pening kepale nih....aneem blum ready spnuhny ler nk hdpi SPM..huhuuhuhu...korang psti same gak kn????....xlame lgi derr.....korang tahu bile kite SPM????haaa.....tahu tax?....xkn ler xtahu....kalu xtahu mmg msih honeymoon lar korang tuh..hahaha....14.11.11 derr.....jgn lupe date tuh...jgn asyik ingt date bile korng nan awek/pkwe korang couple je k!....hahaha...

ha! di sini....aneem adw some tips utk korang n aneem yg suke sngt study last minute nih...hahaha...aneem dapat dari cikgu ksayangan aneem ...huhu..:x ..jom kite tgok k...
1. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.
2. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.
3. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.
4. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.
5. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.
6. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.
7. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...