Sunday 9 September 2012

PERMAINAN "CINTA"

Assalammualaikum w.b.t. dan hi semua..... :)
                 Sekarang aneem nak kongsikan satu cerita yang hangat diperkatakan oleh budak-budak yang baru meningkat dewasa...boleh dikatakan lagi remaja....pasti korang sudah dapat jangka apa yang aneem mahu kongsikan pada hari ini....our topic is "LOVE"......... haaa...pasti banyak yang senyum kan??hahaha... dengar sikit perkataan "LOVE"...pasti korang secara automatik bayangkan wajah orang yang korang sayang kan???heee..... bukan takat korang saja yang  senyum...aneem pun turut tersenyum-senyum bila buat topik nih...hahaha
             
        Aneem nak intro la sikit pasal PERMAINAN "CINTA" ini....aneem ada seorang kawan ni kan...dia ini amat obses sangat-sangat-sangatttt bab cintan-cintun ini....bila dia bercinta..bukan main 'gairah' lagi dia dengan pasangan dia tu...tiap saat...tiap ketika...dia sebut nama si dia....lepas tu...tak ada cerita lain nak dia ceritakan dekat aneem tau...cerita hal si dia yang dia cintai sangat tu je...kadang-kadang muak juga la...mana tak nya...cerita hal pasangan dia je...cuba la tukar topik lain lagi....iskh3....tapi...musim bunga bukan untuk selamanya....akhirnya...kawan aneem tuh putus cinta....aduhhhaiii!!!.......masa ini lagi lah merisaukan aneem sangat-sangat...kawan aneem tuh menangis tak henti-henti...masa ini lah aneem rimas sangat-sangat....mana tak nya...aneem tak henti-henti beri nasihat kat dia...banyak lagi yang pencinta dekat luar sana...tapi...tak juga dia dengar...kononnya ex dia tuh lah "CINTA MATI" dia.....aapphhuuiiii!! gi mana sih! ...bila dlm beberapa bulan...saat...akhirnya kawan aneem tuh telah bertemu dengan budak baru...lepas tuh....hilang sudah "CINTA MATI" .... :p

        Korang tengok....betapa hebatnya PERMAINAN "CINTA" bukan? Antara masalah yang paling banyak dihadapi remaja ialah masalah percintaan. Sedihnya bila dilihat cinta yang abadi sepatutnya hanya pada Allah S.W.T dan junjungan Nabi Muhammad S.A.W, tetapi para remaja kita sanggup bermati-matian dalam percintaan mereka yang kebanyakkannya berakhir dengan kekecewaan dan kehampaan. Di dalam cinta yang belum tentu lagi kemana arahnya, remaja-remaja ini sanggup menggadaikan maruah, menjual diri mereka dan ada yang sanggup meninggalkan ibubapa mereka semata-mata mengejar cinta ini malahan akhir ini menjadi satu trend iaitu membunuh diri apabila cinta itu tidak kesampaian. Adakah putus cinta bermaksud berakhir segalanya?

       Kalau tidak berani menanggung setiap sesuatu yang terjadi akibat dari bercinta seperti berlakunya kecurangan hubungan, pergaduhan dan putus cinta maka janganlah bercinta!

MASALAH !!! LARI!!...........

Assalammualaikum w.b.t.....Hye sume.... :)
          
       Hari ini aneem nk kongsi sedikit tentang 'MASALAH' ........hurmmm...... dengar saja 'MASALAH' pasti korang aplikasikan masalah itu adalah sesuatu yang tidak elok...membebankan...betulkan??? Banyak orang yang takutkan masalah...kenapa???? dan ada juga yang tidak ambil kisah tentang masalah....kenapa pulak???

     Mari! aneem kongsikan korang tentang 'MASALAH' dalam pandangan manusia zaman sekarang... 'MASALAH' adalah sesuatu perkara yang berlaku(peristiwa) yang mengganggu emosi kita dan menyebabkan timbulnya perasaan resah, takut, tertekan, terancam dan sebagainya.

     Apa yang terlintas dalam pemikiran kita apabila kita dilanda masalah? ingin mengelak, melepaskan tanggungjawab, merungut, menyalahkan orang lain, panik atau tertekan? saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan seperti masalah-masalah sosial, kes-kes orang menjadi gila, kes kemurungan, kes penagihan dadah, kes lari rumah, kes seksual songsang, kes-kes jenayah, kes cerai-berai, kes zina dan kes-kes pembuangan bayi di kalangan belia yang semakin meningkat secara mendadak dan berada dalam keadaan kritikal. Semua kes-kes ini setelah dikaji dan didapati hampir 95% daripadanya berpunca daripada tekanan hidup. Sekiranya perkara dibiarkan begitu sahaja, ia akan bertambah besar dan akhirnya memakan diri tuan punya badan.


       Setiap masalah akan memberi impak sama ada kesan negatif ataupun positif. Bagi mereka yang bertindak balas secara positif akan berjaya mengatasi masalah tersebut malah mampu menonjolkan diri dengan lebih mengenali potensi diri. Sebaliknya, pihak yang bertindak balas secara negatif kebanyakannya akan gagal melihat peluang yang telah tercipta daripada masalah dan akhirnya kecundang dalam kehidupan mereka. Secara ringkasnya, sesuatu peristiwa yang berlaku akan menjadi beban sekiranya tafsiran minda kita adalah negatif.
Bagi yang muslim..amalkan doa ini apabila mendapat masalah...InshaALLAH.. dengan izin-NYA segala kesulitan akan selesai..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...