Saturday, 22 September 2012

Jodoh antara kau dan aku..

Assalammualaikum w.b.t. dan hi semua..

      Jodoh..apa tanggapan anda tentang jodoh? semua orang tahu jodoh itu datangnya dari Tuhan.. sebaik saja roh kita ditiup ke dlm janin mak kita ..sudah tetapkan siapa jodoh kita... tapi..banyak yang kat luar sana lebih gemar mencari jodoh..betul kn?walaupn mereka tahu..jodoh kita sudah pn ditetapkan.. tetapi masih juga mahu mencari jodoh dengan sendirinya...alahai...aneem ada bertanya dengan orang disekeliling berkenaan tentang jodoh nih..wahh!! banyak jawapan yang aneem dapat... salah satu yang menarik minat aneem kan...salah satu jawapan diterima oleh aneem..dia cakap... jodoh kita seharusnya menepati cita rsa kita dan seorang yang diidamkan oleh kita selama ini..rasa2 anda...adakah jawapan ini tepat...? ataupn ada lagi yg patut ditambah dalam jawapan tersebut??

      Bagi aneem...jodoh adalah sesuatu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Tuhan untuk mematangkan kita dalam segala aspek...Tuhan bijak mengatur segala2 apa yang ada di alam semesta ini...setiap manusia diberi akal dan fikiran...Tuhan memberi jodoh kepada kita supaya kita dapat mematangkan diri kita..sebagai contoh masalah dalam perhubungan seperti kecurangan, kecewaan dan sebagainya...Selain itu, jodoh juga dapat mengajar kita untuk sayang-menyayangi, memahami, menghargai, hormat-menghormati..

    Tapi, banyak dekat luar sana dah tak ambil kisah hal jodoh ni..contohnya..si kumbang berpisah dengan si bunga..wahh! bukan main cinta mati betul si kumbang dekat si bunga..sampai2 tak mahu terima apa yang telah berlaku...dan si kumbang sanggup menunggu si bunga kembali ke pangkuannya..wahh! macam dah tak ada si bunga lain.. memang lah jika kita cintai seseorang tu..memang sukar untuk kita nak lepaskan kan..tapi..percayalah..setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..mungkin kita dengan si dia tidak sesuai... Tuhan ada menyebut... "sebaik-baik wanita adalah untuk sebaik-baik lelaki...dan sejahat-jahat wanita adalah untuk sejahat-jahat lelaki" ...maknanya disini... Tuhan berikan jodoh kita dengan orang yang serasi dengan kita..

Sunday, 16 September 2012

Biskut 'mama carrie'

Assalammualaikum w.b.t dan hi kepada semua...

       Korang pernah rasa tak biskut 'mama carrie' ?? Hari ini aneem nak cerita cikit pasal biskut ni dekat korang... Hari ini aneem ade join tengok orang buat biskut tu taw...  ni dia aneem ada 'capture2' cikit semasa mereka membuat biskut tuh.....

Semasa hendak memasukkan biskut ke dalam ketuhar.

Biskut yang belum dibakar.

Biskut yang sudah masak!


Korang ingin merasa? mahu menempah biskut untuk mana2 sambut perayaan? nih aneem beri maklumat tempahan jika anda menginginkannya.. aneem jamin...harga boleh dirundingkan dan berpatutan.......

-bagi yang berminat...
  - sila tempah dengan menghantar e-mail kepada aneem dengan menggunakan e-mail yang tertera dibawah :-
     faramichawook@yahoo.com
                      atau
     layari laman Twitter aneem ok!

Saturday, 15 September 2012

Remaja bermasalah....angkara IBUBAPA ??

Assalaamualaikum w.b.t. dan hi semua....

     Hari ini aneem nak kongsikan sedikit dengan korang berkenaan remaja bermasalah yang semakin menjadi-jadi diluar sana. Korang pasti tahu bukan..apa yang sudah terjadi pada remaja pada zaman ini. Tidak payah kita mencari berita tentang budak remaja sekarang ini. Cukup hanya sekadar membelek surat khabar tiap-tiap hari, pasti korang terjumpa berita yang tergempar yang berkaitan dengan budak remaja sekarang. Contohnya, baru-baru ini terdengar satu khabar berita seorang remaja pelajar universiti membuat hal kononnya menayangkan buntutnya pada kerajaan. Pelajar universiti tuhh !! memang gerekk seyhh!!

     Jadi?? apa tanggapan korang? siapa yang patut disalahkan? Dimana akhlak remaja pada zaman kini?  hmm....banyak sebab2 yang boleh kita simpulkan dalam hal ini.. banyak yang beranggapan masalah keruntuhan akhlak ini disebabkan individu , rakan sebaya, persekitaran, dan ibubapa... ha! aneem nak tekankan disebabkan oleh ibubapa..... kerana ianya amat penting.. kerana ibubapa adalah ikon pertama yang dikenali oleh para remaja semasa mereka mengenali dunia. Setiap makhluk yang digelar 'anak' di muka bumi ini pasti mempunyai ibubapa....

    Banyak orang menyatakan bahawa ibubapa adalah pendorong, penyokong, pengajar, dan pe...pe... semua lah...betul tak? dan manusia ini ada 5 jenis... iaitu baik-baik , baik, baik-jahat, jahat, jahat-jahat.. ibubapa pun ada banyak jenisnya... aneem beri satu senario pada korang...

Senario 1:

   pukul10 malam , di rumah....
         anak : mak !
         mak : Apa nak?
         anak : Man nak keluar kejap.
         mak : ye lah man.
   pukul3 pagi.....
         mak : baru balik ker Man?
         anak : Ye mak...mak, Man lapar..
         mak : tengok kat dapur tu..ada makanan lebih dekat atas meja..

Senario 2:
 
         bapa : Siti nak pergi mana tu? baru je berapa minit balik dari sekolah..
         anak : Siti nak pergi rumah kawan...kejap je..
         bapa : OK....

   ha....apa tanggapan korang dengan dialog2 yang aneem nak sampaikan dekat korang.... hmm...itu lah berlaku pada remaja sekarang ini... keadaan sebegitu selalunya sudah berlaku sejak mereka kecil lagi...sampai lah meningkat dewasa... kita tahu remaja ini tak boleh dikongkong sangat... nanti lain pulak jadinya bukan? salah sama sekali jika kita beranggapan sedemikian...ibubapa tidak seharusnya memberi kebebasan yang sangat meluas kepada anak-anak mereka... memberi kebebasan kepada anak-anak boleh diibaratkan mencurah racun kepada anak-anak mereka... remaja ini sikap ingin mencuba amat tinggi oleh yang demikian apabila mereka diberi kebebasan, jadi mereka bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan oleh remaja...
 
   aneem sangat kecewa dengan sebilangan ibubapa yang tidak mementingkan kebebasan anak-anak mereka...aneem tahu, ibubapa melakukan sedemikian kerana menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka kerana tidak mahu anak-anak mereka merasakan terlalu dikongkong oleh mereka... tapi, biarlah berpada-pada...bak kata pepatah...buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sesekali...

jangan lah kerana terlalu menyayangi dan terus memberi kebebasan kepada anak-anak...dan akhirnya...anak pulang membawa seribu masalah...

Sunday, 9 September 2012

PERMAINAN "CINTA"

Assalammualaikum w.b.t. dan hi semua..... :)
                 Sekarang aneem nak kongsikan satu cerita yang hangat diperkatakan oleh budak-budak yang baru meningkat dewasa...boleh dikatakan lagi remaja....pasti korang sudah dapat jangka apa yang aneem mahu kongsikan pada hari ini....our topic is "LOVE"......... haaa...pasti banyak yang senyum kan??hahaha... dengar sikit perkataan "LOVE"...pasti korang secara automatik bayangkan wajah orang yang korang sayang kan???heee..... bukan takat korang saja yang  senyum...aneem pun turut tersenyum-senyum bila buat topik nih...hahaha
             
        Aneem nak intro la sikit pasal PERMAINAN "CINTA" ini....aneem ada seorang kawan ni kan...dia ini amat obses sangat-sangat-sangatttt bab cintan-cintun ini....bila dia bercinta..bukan main 'gairah' lagi dia dengan pasangan dia tu...tiap saat...tiap ketika...dia sebut nama si dia....lepas tu...tak ada cerita lain nak dia ceritakan dekat aneem tau...cerita hal si dia yang dia cintai sangat tu je...kadang-kadang muak juga la...mana tak nya...cerita hal pasangan dia je...cuba la tukar topik lain lagi....iskh3....tapi...musim bunga bukan untuk selamanya....akhirnya...kawan aneem tuh putus cinta....aduhhhaiii!!!.......masa ini lagi lah merisaukan aneem sangat-sangat...kawan aneem tuh menangis tak henti-henti...masa ini lah aneem rimas sangat-sangat....mana tak nya...aneem tak henti-henti beri nasihat kat dia...banyak lagi yang pencinta dekat luar sana...tapi...tak juga dia dengar...kononnya ex dia tuh lah "CINTA MATI" dia.....aapphhuuiiii!! gi mana sih! ...bila dlm beberapa bulan...saat...akhirnya kawan aneem tuh telah bertemu dengan budak baru...lepas tuh....hilang sudah "CINTA MATI" .... :p

        Korang tengok....betapa hebatnya PERMAINAN "CINTA" bukan? Antara masalah yang paling banyak dihadapi remaja ialah masalah percintaan. Sedihnya bila dilihat cinta yang abadi sepatutnya hanya pada Allah S.W.T dan junjungan Nabi Muhammad S.A.W, tetapi para remaja kita sanggup bermati-matian dalam percintaan mereka yang kebanyakkannya berakhir dengan kekecewaan dan kehampaan. Di dalam cinta yang belum tentu lagi kemana arahnya, remaja-remaja ini sanggup menggadaikan maruah, menjual diri mereka dan ada yang sanggup meninggalkan ibubapa mereka semata-mata mengejar cinta ini malahan akhir ini menjadi satu trend iaitu membunuh diri apabila cinta itu tidak kesampaian. Adakah putus cinta bermaksud berakhir segalanya?

       Kalau tidak berani menanggung setiap sesuatu yang terjadi akibat dari bercinta seperti berlakunya kecurangan hubungan, pergaduhan dan putus cinta maka janganlah bercinta!

MASALAH !!! LARI!!...........

Assalammualaikum w.b.t.....Hye sume.... :)
          
       Hari ini aneem nk kongsi sedikit tentang 'MASALAH' ........hurmmm...... dengar saja 'MASALAH' pasti korang aplikasikan masalah itu adalah sesuatu yang tidak elok...membebankan...betulkan??? Banyak orang yang takutkan masalah...kenapa???? dan ada juga yang tidak ambil kisah tentang masalah....kenapa pulak???

     Mari! aneem kongsikan korang tentang 'MASALAH' dalam pandangan manusia zaman sekarang... 'MASALAH' adalah sesuatu perkara yang berlaku(peristiwa) yang mengganggu emosi kita dan menyebabkan timbulnya perasaan resah, takut, tertekan, terancam dan sebagainya.

     Apa yang terlintas dalam pemikiran kita apabila kita dilanda masalah? ingin mengelak, melepaskan tanggungjawab, merungut, menyalahkan orang lain, panik atau tertekan? saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan seperti masalah-masalah sosial, kes-kes orang menjadi gila, kes kemurungan, kes penagihan dadah, kes lari rumah, kes seksual songsang, kes-kes jenayah, kes cerai-berai, kes zina dan kes-kes pembuangan bayi di kalangan belia yang semakin meningkat secara mendadak dan berada dalam keadaan kritikal. Semua kes-kes ini setelah dikaji dan didapati hampir 95% daripadanya berpunca daripada tekanan hidup. Sekiranya perkara dibiarkan begitu sahaja, ia akan bertambah besar dan akhirnya memakan diri tuan punya badan.


       Setiap masalah akan memberi impak sama ada kesan negatif ataupun positif. Bagi mereka yang bertindak balas secara positif akan berjaya mengatasi masalah tersebut malah mampu menonjolkan diri dengan lebih mengenali potensi diri. Sebaliknya, pihak yang bertindak balas secara negatif kebanyakannya akan gagal melihat peluang yang telah tercipta daripada masalah dan akhirnya kecundang dalam kehidupan mereka. Secara ringkasnya, sesuatu peristiwa yang berlaku akan menjadi beban sekiranya tafsiran minda kita adalah negatif.
Bagi yang muslim..amalkan doa ini apabila mendapat masalah...InshaALLAH.. dengan izin-NYA segala kesulitan akan selesai..




Thursday, 12 July 2012

syukur...syukur.........

Hai u all !.....
   lama dh aneem tak update blog kn???
                 aneem skrang nih dh sibuk....maklumlah...baru je mnjdi siswa...hehehe...phm2 je lah.....ALHAMDULILLAH....dengan usaha aneem selama ini dan berkat dari yg MAHA ESA....aneem dapat result SPM yg cemerlang...bersyukur sangat2... baru aneem menyedari bahawa tiada tempat lain selain dari yg MAHA ESA tempat kita meminta pertolongan...... oleh itu... aneem nk berkongsi sedikit tentang BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH....

                Sesungguhnya, segala sesuatu di dunia ini hanyalah cobaan bagi seluruh umat manusia. Kesusahan dan kemudahan, kemiskinan dan kekayaan, harta dan ilmu, nikmat dan musibah, pada hakikatnya hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada para hamba-Nya. Barang siapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang niscaya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barang siapa yang kufur serta selalu mengikuti nafsu dan emosi semata, maka niscaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang merugi.

                Nikmat dan musibah, kesusahan dan kesenangan, tidak lain adalah sama-sama ujian yang akan terus mewarnai kehidupan manusia. Tidak akan ada satu manusia pun di dunia ini yang terbebas dari yang namanya ujian. Karena, dengan ujian itulah maka manusia dapat menjadi makhluk yang sesuai dengan fitrahnya. Tanpa ujian, maka niscaya manusia akan terjerumus dalam liang kehinaan.
                Seandainya nikmat itu bukanlah satu bentuk ujian, maka tidak akan ada manusia yang akan bersyukur kepada Allah swt danberbagi dengan sesamanya. Jika musibah bukanlah satu ujian, maka tidak akan ada manusia yang akan membantu manusia lainnya, tidak akan ada manusia yang akan bersabar atas musibah yang menimpanya, dan tidak akan ada manusia yang mau beribadah di tengah musibah yang menimpanya



Friday, 30 December 2011

Tahun baru dh nak menjelang....Apa azam korang??


HALOO!!! Aneem dtg lgi utk brkongsi korang sume...topik nye agak dikenali oleh sume owg dkt muka bumi ini....huhu`...kite ni dh xlme lgi nk msuk tahun baru...tggal berape jam lgi kn??haha...korang dh simpan azam kw blum ataupon lgi mseh trcri2...ha...xpe....Aneem sedia mmbantu anda !Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang mula memasang azam baru. Ada juga azam di tahun lalu terpaksa dibawa ke tahun baru kerana masih belum dicapai. Ada juga yang bertekad mahu memulakan kehidupan baru di tahun baru yang lebih segar dan melupakan kisah lalu.

Apa-apa pun, tahun baru disambut dengan penuh harapan. 


Di sini Aneem ada beberapa azam yang sangat popular setiap kali tiba tahun baru.Yg slalu Aneem dgr dari kengkawan dsekeliling...Jom! kite tgok...

1. Azam mahu kaya dan berjaya
Ini azam yang paling popular. Ramai yang memasang niat untuk menjadi lebih kaya dan berjaya tidak kiralah dalam bisnis atau karier. Sekiranya bekerja di pejabat, kita memasang angan untuk naik pangkat. Jika menceburi bidang bisnes, kita mahu bisnes kita bertambah maju, berkembang dan mendatangkan lebih keuntungan.

2. Azam mahu kurus dan cantik
Ini azam yang popular di kalangan wanita yang sentiasa mahu menjaga penampilan. Bagi yang gemuk, pasti memasang azam untuk jadi kurus dan langsing. Mungkin minum jus langsing, menjaga pemakanan yang lebih baik dan melakukan senaman. Bagi yang merasakan diri tidak menarik, sudah pasti tahun baru ini mereka mahu mengubah penampilan dan gaya agar lebih nampak cantik seiring trend terkini. Belajar bersolek, teknik memakai tudung dan pelbagai ragam lagi.

Bagi orang lelaki, yang badan kurus pula mungkin berazam untuk tegapkan badan di gym supaya kelihatan sasa dan bergaya.

3. Azam mahu jaga kesihatan
Bagi yang mula sakit-sakit, tentulah berazam untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat dengan pemakanan sihat dan seimbang, mengurangkan gula dan merajinkan diri melakukan senaman seperti jogging.

4. Azam berhenti merokok
Azam ni paling kronik di kalangan perokok tegar kerana bukan mudah untuk berhenti merokok. Perlu keazaman diri yang tinggi bagi mengotakan azam yang satu ini. Ramai yang kecundang jika hanya berazam tetapi tiada ketahanan mental untuk berusaha berhenti merokok.

5. Azam mahu mencari cinta 
Samada mahu mencari cinta baru bagi menggantikan cinta lama atau benar-benar mahu jatuh cinta buat kali pertama! Ramai di kalangan orang muda memasang impian ini dan mengharapkan tahun baru membawa tuah buat diri mereka dalam menemui cinta sejati!

6. Azam mahu berkahwin
Jika yang dah ada buah hati, tahun baru mungkin difikirkan sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Azam mereka tentulah nak mencari duit sebanyak mungkin untuk persiapan perkahwinan dan persediaan berumahtangga.

7. Azam mahu melancong ke destinasi impian
Ramai yang berimpikan untuk melancong ke luar negara. Jadi, mereka berazam untuk menyimpan duit bagi merealisasikan impian ini. Melancong perlu dirancang dengan teliti supaya tidak timbul masalah.

8. Azam mahu mencari kerja
Bagi penganggur, tahun baru diharapkan dapat membawa tuah bagi diri mereka dalam pencarian kerja. Kerja kosong sebenarnya banyak tetapi kerja yang sesuai dengan minat dan kelulusan kita yang payah dicari. Bagi yang sudah ada kerja, mungkin berazam untuk bertukar bidang kerja yang lebih baik untuk masa depan.

9. Azam mahu menabung
Setiap tahun asyik timbul masalah kewangan. Kali ini, ramai yang berazam untuk menabung dan menyimpan wang untuk masa depan. Ada yang mula mencari instrumen pelaburan yang sesuai bagi menabung. Awas! Jangan terjebak skim cepat kaya. Berjimat cermat dan tidak boros adalah amalan yang murni bagi merealisikan azam menabung anda.

10. Azam mahu membayar hutang
Dalam hidup sekarang dengan pelbagai keperluan dan kehendak, amat sukar untuk tidak terjebak dalam hutang. Antaranya hutang rumah, kereta dan kad kredit. Jadi, ramailah yang berazam untuk membayar hutang dengan lebih baik dan sekaligus mengurangkan hutang yang membebankan.

11. Azam meluang lebih masa dengan keluarga
Individu yang sibuk dengan kerja, pasti ada rasa bersalah kerana sering tiada waktu untuk keluarga atau anak-anak. Jadi, luangkan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga adalah satu azam yang baik.

12. Azam mahu skor dalam peperiksaan
Bagi pelajar, sudah tentu azam ini paling kerap didengar. Tak kisah lah UPSR,PMR, SPM atau peperiksaan universiti dan sebagainya. Skor cemerlang dalam exam adalah satu azam yang paling popular!

13. Azam mahu berubah perangai jadi lebih baik
Mereka yang pernah berbuat dosa atau kesilapan silam atau mempunyai tabiat yang tidak elok, pasti mahu membetulkan diri mahu menjadi individu yang lebih baik. Mendekatkan diri dengan Tuhan atau membuang ego dengan mengubah perangai yang tidak molek!


haa....ni lh yg dpt aneem kongsi sma anda pada kali ini....nanti...laen kali kite borak lgi ea...tggu cerita yg lebih menarik lgi nanti tw..! hope azam anda akn lbeh popular dri owg laen dan yg lbeh pnting lgi azam korang tuh mmbwa seribu perubahn dlm hdup korang...daaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...